SIAPA YANG BOLEH MELABUR?

Ramai yang membuat andaian melabur dalam pasaran perlukan modal yang besar.
RM10,000, RM50,000, sejuta la. NO!!!...anyone can can be investor.


Carta pie diatas menunjukkan peratusan harga saham yang disenaraikan dibursa mengikut kelas masing-masing. Potongan yang bewarna biru itu menunjukkan 62% saham yang tersenarai adalah saham yang berharga kurang daripada RM1 (penny stock). yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

Di ikuti kotak hijau yang iaitu 32% saham tersenarai adalah berharga RM1-RM5. 
hanya 4% saham bernilai RM5.01 hingga RM10.

Dan di ikuti peratus terkecil iaitu 2% atau RM10.01 keatas. Kebanyakkannya saham bluechip.


Maka tidak mustahil bagi semua orang untuk melabur dalam pasaran saham. 
Tetapi anda diingatkan jangan sesekali melabur dalam pasaran saham mengunakan kewangan yang sepatutnya digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Contoh seperti kos tanggungan bulanan, keluarga, anak-anak, hutang dan sebagainya. guna duit lebihan pendapatan. Supaya tidak tertekan dan tidak terlalu tergesa-gesa keluar dari pasaran saham. 


Tetapi pada mereka yang inginkan keuntungan  yang cepat dengan kos yang tinggi mungkin YA. Intra day ataupun contra. Kerana biasanya pergerakan harga untuk 3 hari (sebelum T-4) hanya berubah sedikit. Jadi keuntungan diambil kira dari segi bilangan saham bukan perbezaan harga. keuntungan lebih besar jika bilangan saham lebih banyak. Begitu juga sebaliknya (rugi)