Tuesday, August 31, 2010

SaLaM KeMeRDeKaaN Ke-53 BuaT SeMua


KePaDa SeMua RaKYaT MaLaYSia,
BiaR DiMaNa SeKaLi PuN aNDa BeRaDa SaYa uCaPKaN
"seLaMaT MeNYaMBuT HaRi
ULaNG TaHuN KeMeRDeKaaN YaNG Ke-53 "
SeMoGa KeDaMaiaN YaNG DiNiKMaTi oLeH NeGaRa BaNGSa KiTa TeRuS KeKaL SeJaHTeRa BuaT SeLaMa-LaMaNYa

Monday, August 30, 2010

OSK RESEACH MAINTAIN BUY ON PROTON

OSK Research is maintaining its Buy call on PROTON HOLDINGS BHD at RM4.53 being the cheapest auto stock under its coverage which is only trading at forward PE of 7.2times versus the sector average of 10 times.

The research house said on Monday, Aug 30 that it is not making any changes to its earnings estimates for Proton pending more clarification from management on how the injection to Lotus will be structured (whether a new issuance of shares will be involved).

“On its foray into the India market, we believe it is too early to tell how this would contribute to earnings (which we have not factored in yet) although we are still generally positive on whatever the outcome given the market potential,” it said.

OSK Research also said in the shorter term, Proton is expected to post favourable results on the back of its new model pipeline going forward in addition of the much improved operating landscape.

NAIM HOLDING BERHAD

Naim Holding Berhad is a Malaysia-based investment holding company. The company, through its subsidiaries, operates in 3 segments, property development, construction and others. It engaged in the development and construction of residential and commercial properties and the construction of building, roads, bridges and other infrastructure works. Other activities include the manufacture and sale construction material, provision of sand extraction and land filing and services, property investment holdings as well quarry operation. Its direct subsidiaries are Naim Cendera Sdn Bhd, TR Smart Piles Sdn Bhd, Naim Management Sdn Bhd and Naim Equipment Sdn Bhd.

SHAREHOLDERS
Lembaga tabung haji (24,966,400 - 9.99%)
Capital international inc (11,661,500 – 4.66%)
Employees provident fund (11,476,000 – 4.59%)


FUNDAMENTAL
Industry PE = 17.37
Company PE = 9.24
EPS = 0.36
DPS = 0.08 sen
DY = 2.47
Mcap = 255.52 million
ROE = 13.03

Tuesday, August 24, 2010

BELAJAR MELABUR DALAM PASARAN SAHAM

Melabur dalam pasaran saham boleh memberikan keuntungan yang jauh berlipat ganda berbandingkan menyimpan wang di tempat lain. Namun ia juga setimpal dengan kemampuannya yang mengakibatkan kerugian yang cukup besar. Oleh kerana itu, sebelum memutuskan untuk melabur di pasaran saham amat penting bagi pelabur haruslah menimbangtara dan bersedia mengambil risiko yang sepadan dengan keuntungan yang di harapkan. "high risk, high return". Tetapi sebenarnya Risk comes from not knowing what you’re doing. jadi para pelabur dinasihatkan mendalami dan melakukan sedikit kajian bagi memilih saham yang bersesuaian.


KEINGINAN YANG MEMBUKIT Anda seharusnya mempunyai keinginan yang cukup tinggi untuk melabur atau bermain dalam pasaran bagi memperoleh keuntungan. Hal ini harus tertanam dalam diri anda sejak awal, tiada paksaan dan semuanya terserah bulat pada pemikiran anda.

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT Pada peringkat permulaan bermainlah dalam jumlah yang cukup kecil, misalnya RM1000 – RM3000. Bagi membiasakan pada kerugian diperingkat awal. Supaya tidak rugi sehingga terduduk. Berjinak-jinak dan mendalami pasaran saham dengan bermain dengan jumlah yang kecil, seperti pilot project. Kalau anda sudah mulai faham dan yakin serta mengetahui cara bermain bagi menghasilkan keuntungan, maka secara perlahan-lahan anda boleh menambah jumlah wang yang dilaburkan. Tetapi diingatkan melabur duit lebihan bukan duit tanggungan kehidupan (perbelanjaan rumah, bil2, anak, isteri, dll).

Berikut adalah langkah-langkah yang anda perlukan bagi pelabur-pelabur yang baru berada dipetak permulaan.


1. PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA
Penting untuk mengetahui ke mana arah pertumbuhan ekonomi. Adakah mempunyai masalah, atau dalam keadaan baik mahupun melonjak naik. Kerana sedikit sebanyak, pertumbuhan ekonomi memberi impak kepada pasaran saham. Apa yang kita boleh tengok seperti KDNK, pergerakkan matawang negara kadar pengangguran, aliran matawang dan sebagainya. Tetapi, seperti ungkapan jutawan Warren Buffet “buy when people fear, sell when people eager” ada kebenarannya juga. Bertindak sebelum orang lain. Contoh: kemerosotan ekonomi semua pelabur takut melangkah dalam pasaran saham, itu merupakan peluang keemasan bagi para pelabur membeli saham pada harga yang murah dan menanti ekonomi kembali cerah seterusnya menjual saham pada harga yang lebih tinggi.

2. ANALISA INDUSTRI
Pilih saham syarikat yang dalam hot industry dan mempunyai track record nya memuaskan. Pelajari sejarah industri tersebut secara mendalam dan baca pendapat-pendapat para ahli tentang industri tersebut. Contohnya, pilih industri yang mampu memberikan keuntungan dan impak yang besar dalam tahun tersebut. 10th malaysian plan, pihak kerajaan banyak memberatkan pada pembangunan Negara (construction sector). Banyak mega projek yang akan dijalankan seperti 7 highway yang dianggarkan RM15 billion, 2 coal electricity generation plan yang akan dibina di Sarawak yang dianggarkan RM10 billion, (Mass Rapit Transfer) MRT, dll. Isu sebesar ini mampu memberikan impak yang besar kepada syarikat yang terlibat serta boleh memberikan pulangan yang bagus kepada para pelabur.

3. MEMILIH SAHAM
Fokus pada 2-5 saham, supaya tidak celaru dan mampu mengikuti pekembangan syarikat.

PRICE EARNING RATIO (PE)
Saham yang anda pilih harus yang mempunyai PE rendah daripada PE industri tersebut. PE adalah harga saham seunit dibahagikan dengan dengan pendapatan bersih per saham
Secara dasarnya ia menunjukkan harga yang pelabur mampu bayar untuk RM1 keuntungan syarikat. Kurang adalah lebih baik. Purata PE adalah 15 kali.

PASARAN MODAL (CAPITAL MARKET)
Pilih saham yang mempunyai MarketCap yang besar. Ertinya kecairan ringgit yang mengalir dalam pasaran saham yang cukup besar. Sehingga para penggoreng saham tidak mempunyai cukup wang untuk menggoreng saham tersebut. Jikalau ianya kecil, maka pemain perseorangan dengan mudah dapat mengerakkan dan memanipulasikan harga saham dengan jumlah modal yang sedikit.

DIVIDEND YIELD
Pelabur akan mendapat 2 jenis pulangan. Salah satunya ialah capital gain iaitu dari perbezaan dan pergerakan harga saham. Selain dari itu para pelabur juga mendapat pulangan dari segi dividen. Sekiranya syarikat membuat keuntungan pada tahun itu, maka ia akan memberikan sedikit pulangan kepada para pemegang saham syarikatnya dengan memberikan dividen.
Diyidend yield menunjukkan kadar pulangan per ringgit yang dilaburkan. Ia juga mampu menunjukkan peningkatan atau penurunan serta kemampuan syarikat.

RETURN ON INVESTMENT (ROI) & RETURN ON EQUITY (ROE)
ROI dan ROE yang lebih tinggi lebih baik. Ia menunjukkan keuntungan syarikat yang bagus dan meningkat tetapi jikalau ROE menurun menunjukkan pengurusan syarikat yang tidak betul dan mununjukkan masalah dan bencana yang akan timbul.

SENTIMEN PASARAN SAHAM
Perhatikan sentimen pasar. Walaupun PE saham kita rendah, dan kapitalnya besar, sentimen pasaran sering menjadi penentu naik turunnya harga saham kita. Sentimen ini yang paling umum adalah indeks harga saham regional seperti DJI, NYSE dll.

Sentimen yang kedua, berita dan kejutan yang menarik yang berpengaruh di industri dimana saham kita berada. Misalnya kenaikan harga komoditi tertentu dan pengaruhnya terhadap keuntungan syarikat yang sahamnya kita miliki.

Sentimen ketiga adalah berkenaan ekonomi secara umum, misalnya angka pemberitahuan angka pertumbuhan ekonomi, naik turunnya bunga oleh bank negara, angka inflasi, pengangguran, kupayaan atau daya beli.