Pasaran saham (capital market) merupakan tempat bagi syarikat dan individu menjana dan menambahkan sumber kewangan. Bagi syarikat tersenarai, mereka akan memperdagangkan saham-saham syarikat mereka di bursa. Peredaran dan pergerakan wang berlaku apabila pelabur (runcit/institusi) membeli dan menjual saham-saham tersebut. Bagaimana pula pelabur runcit menjana pendapatan? Ia berpunca dari pergerakan dan perbezaan harga saham yang didagangkan. Beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Selain dari itu, pelabur juga diberikan insentif oleh syarikat yang membuat keuntungan dengan menghadiahkan beberapa sen dividen per saham yang dimiliki pelabur.
Pasaran saham membuka jalan bagi individu dan syarikat untuk menjana pendapatan selain dari gaji bulanan mereka atau simpanan di bank-bannk yang hanya memberikan keuntungan yang kecil pada hujung tahun.
Walaubagaimanapun mereka mesti mengisi minda mereka dengan ilmu-ilmu pelaburan seperti cara yang sesuai memilih saham, membuat analisis syarikat sama ada fundamental atau technical dan lain-lain.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan kemungkinan keliru dengan terminologi yang selalu digunakan bagi mengambarkan pasaran saham. Bagaimanapun ia tidak mengambil masa yang lama bagi mempelajarinya. Anda boleh layari bursa website (http://www.bursamalaysia.com).
